LAMAN

Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts

Friday, June 25, 2010

Kembali Setelah Sekian Lama Menyepi

Assalamualaikum,

Fuh!sudah bersawang blog ni jadinya,bukan takat sawang sahaja...ada pulak lipas,kelawar,binatang2 aneh yg msh belum dikenalpasti menghuni dalam blog ni...Masyaallah,maafkan saya kerana terlalu lambat mengupdate blog ni.

Sebenarnya sepanjang percutian semester ini,saya ada menyiapkan beberapa entri untuk dikongsi.Entri2 tersebut telah saya simpan di dalam pendrive.Akan tetapi,atas kekhilafan dan kecuaian saya,saya terlupa untuk membawa bersama pendrive tersebut.

Andai sesiapa yang merindui blog ini(mustahil),maafkan saya sebab baru sekarang mula menulis.
insyallah saya akan rajin2kan diri untuk kembali berdakwah @ berkongsi kisah2 yg menarik untuk kita hayati bersama.

PS:Maaf sekali lagi.....

Saturday, April 17, 2010

Pendapat Umum dialu-alukan

Salam Ukhuwah~~
sukar bg saya untuk mncari ruang bg meng-update ruang blog saya.
Exam semakin hampir dan saya kehilangan kebebasan untuk berkarya buat sementara waktu.
(walaupun saya sedar,karya saya bukan bagus pun)
hahaha...senang cakap,saya memang tidak bagus dalam menulis karya yg berbentuk puitis.
namun perkara tersebut tak menghalang saya dari terus berkarya...
berharap bagi sesiapa yang mengikuti blog saya ni dapat memberi pendapat yang ikhlas,kritis,jujur dan tidak berbau provokasi agar saya dapat membaiki kelemahan diri.
saya inginkan pandangan anda yang berpengalaman menulis di media penulisan supaya saya dapat bersama-sama mengenalpasti tentang kesalahan dalam karya-karya saya.

Tuesday, April 13, 2010

5-FIVE-KHAMSAH-(saya tidak memahami sepenuhnya fungsinya tag ni)

Assalamualaikum dan salam ukhuwah,

Saya dapat award????hahahahahaha...mcm tak percaya je...
Siapa yang kasi award?sila baca kotak shout di sebelah kanan anda ya.
First time kena tag,jadi agak blur dan kabur-kabur sikit.Pe kejadah haramnye la menatang ni.
hahaha..lepas dua tiga blog saya usha.baru saya paham fungsinya.adoi!
jawab soalan rupanya...macam kuiz midterm pulak.Shukri,thanks bro.
jawapannya~~~jeng3x...

Sekarang kita tengok syarat-syarat nak dapat bear comel seperti di atas.Syarat-Syaratnya:
~Copy award ni macam dapat Grammy Award.
~Bagitahu orang yang beri dan link blog pemberi award ni.
~Tajuk post korang mesti ada perkataan 5-FIVE-KHAMSAH- (^_^)v

1- FIVE name that people call you
-Muhammad (mak & ayah)
-Syawal (x taw dari mana datang,tapi orang kampung pnggil saya mcm 2 sjk kcik lg)
-Mael (bdk2 sekolah menengah)
-Az (ada bberapa awek2 kolej)
-Roy (member2 lelaki)

2- FIVE important dates in your life
-25/5/1988(tarikh diriku dilahirkan)
-12/6/1956(tarikh lahir ayah)
-22/12/1957(tarikh lahir ibu)
-5/11/2009(tarikh Allah takdirkan aku berpisah dengan seorang gadis yang baik)
-12 rabiulawal tahun gajah...

3- FIVE things that you done yesterday
-memangkah member
-overnight
-makan ayam banyak-banyak
-merancang bermain bowling
-berkenalan di  facebook

4- FIVE ways to be happy
-melihat datuk dan nenek sihat sentiasa
-solat
-memangkah member
-dapat pulang ke rumah
-dapat membahagiakan keluarga tersayang

5- FIVE favourite movies
-Hrmmmmm...lama x prgi tengok wayang...xtaw perkembangan dunia hiburan terbaru.So,sy pun skip la soalan ini.Sori.

6- FIVE favourite hobbies
-tidur
-memangkah member
-makan
-chatting di facebook
-menulis karya yang entah apa-apa

7- FIVE favourite people
-Rasulullah(S.A.W)
-My Parents
-datuk
-nenek
-Intan nur-Jannah(anak buah,kiyut gler (^_^)v)

8- FIVE favourite places for vacation
-Mekah
-Madinah
-Mesir
-Kg.Padang
-Bengkulu(asl kturunan)

9- FIVE reasons you answers the survey
-tngah bosan
-Terasa nak merepek
-Tanda penghargaan kat Shukri Mohd.Ali sebab ssh tag saya.
-Tanda persahabatan 
-lepaskan lelah dengan menjawab soalan-soalan macam ni

10- FIVE persons to tag
-Farwalis
-hanie
-Nona syg
-atiqah
-Aein

that wrap it all~~(^_^)

PS:baby are u down3x~~

Friday, April 9, 2010

Sibuk

Minta maaf andai saya berbicara di sini
saya agak sibuk buat dua tiga minggu ni.
Final exam semakin hampir.
mungkin saya akan berehat sebentar dari menulis blog untuk seketika.

terima kasih buat nona yang setia membaca catatan saya setiap hari.
mungkin lepas ini saya akan dapat idea yang lagi hebat untuk dikongsi bersama.
insyallah

PS:Doakan saya dan sahabat-sahabat saya berjaya dalam exam dan mendapat keputusan cemerlang.

Wednesday, April 7, 2010

Final Exam

Hrmmm....agak-agak sibuk baru-baru ni.
pelbagai ujian menimpa dan alhamdulillah masih lagi berjaya harunginya dengan tabah.
Syukur kepada Allah kerana masih lagi memberi aku kesempatan bernafas di buminya.
Doakan daku berjaya di dunia akhirat...
Final Exam dah dekat.
(ditujukan buat ibu saya kalau dia sedang baca blog ini).
Berharap dengan limpah marghfirahmu ya Allah,janganlah engkau sia-siakan usaha hambamu yang hina ini.
Amin~~

PS:Agak lesu baru-baru ni..Kekurangan tidur...argggghhhh!!!!

Monday, April 5, 2010

Kecewa???

Assalamualaikum..

Dalam entri kali ni saya tak nak sentuh pasal cinta dulu,kita bincang perkara tersebut di lain hari.
Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa tajuk entri saya kali ini lain dari yang sebelumnya.
(macamlah ramai sangat yang baca blog saya ni...sungguh perasan mamat ni).Bukan apa,perlu untuk saya tulis perkara ini sebelum terlupa.Baik tulis idea yang baru terlintas dalam benak pemikiran ni sebelum dah lapuk berhabuk.Tulis sewaktu masih fresh.Lagipun,menulis blog tidak semestinya perlu terikat kan?(lagipun ni blog saya,suka hatilah nak tulis apa-apa pun...hahahaha).

Kecewa?
Saya tengah sedihkah?Atau baru lepas putus cinta?
Hahahaha...tiada kaitan dengan saya sebenarnya entri ini.saja mahu berkongsi cerita.
Memang lumrah manusia pernah kecewa.
siapa yang tidak pernah kecewa dalam dunia ni?
Pelbagai punca yang menyebabkan kita kecewa.
Saya pun pernah kecewa.

Tapi perlukah kita menceritakan masalah kekecewaan kita kepada seluruh dunia?
Macam masalah kita sahaja yang mega besar sampaikan orang sekeliling yang turut bermasalah kecewa dengan sikap kita.Sudahlah kita kecewa,kita mengecewakan orang lain pula.
Memang Double Trouble.Sudah jatuh ditimpa tangga,sebab hendak selamat terus menarik orang sebelah agar turut jatuh bersama kita.Akhirnya dua-dua jatuh tertimpa tangga.Agak-agak bersopan sekali siapa yang menarik tersebut.

Kalau contoh kita kecewa sebab cinta,
janganlah jadi bodoh sampai nak bunuh diri.Allah melaknat mereka yang melakukan perkara-perkara bodoh macam tu.Sia-sia mak ayah hantar jauh-jauh belajar,frust cinta bunuh diri.Tak ke bengong namanya tu?
Belajar tinggi-tinggi,bodoh bertingkat-tingkat.Bila kita kecewa,Allah sebenarnya mahu menguji hamba-hambanya supaya bersabar dan berfikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah yang melanda jiwa.

Kalau contoh kita kecewa dalam pembelajaran disebabkan gagal dalam peperiksaan.Jangan putus asa,muhasabah diri.Cari punca kegagalan.Saya juga pernah banyak kali gagal,dalam bercinta,dalam belajar,gagal menjadi anak baik yang soleh,gagal untuk menjadi insan seperti yang ditunjukkan dalam nama saya.Namun,setiap kali saya kecewa.Saya akan bangun semula,bukan terus-terusan kecewa dan menyalahkan takdir.Masa yang berlalu tidak akan berputar kembali ke paksi sebelum semua perkara ini terjadi.Peristiwa yang telah berlalu jadikan kekuatan serta pengajaran untuk kita maju ke hadapan.

Banyak punca penyebab kekecewaan.Sebagai hamba Allah kita tidak boleh lari dari ujian.
Akhir kata,jadikan sesuatu kekecewaan tersebut sebagai satu titik tolak.sebagai satu anjakan paradigma agar kita maju ke hadapan.Bukan tenggelam dalam lautan pilu,terbenam dalam hasutan iblis.

PS:Adakah saya sedang kecewa sampai perlu melalut tulis entri ni???ermmmm......

Saturday, April 3, 2010

Zaman Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sari berita penting..
kerajaan akan melancarkan satu gagasan...
ahhh!!apa yang aku tengah mencarut ni???
nota:kata-kata kesat melemahkan iman.
(kawan saya suka guna line ni...
beliau suka memperkotak kasutkan saya).

maaflah kalau ada yang rasa saya banyak merepek.
Bukan apa,tekanan perasaan.Belajar kolej swasta,perlu rajin belajar.Kalau tidak sia-sia wang ringgit yang ibu bapak belanjakan.Dulu tidak serajin ni.Baru mula bergiat aktif dalam arena kerajinan sejak habis STPM 2 tahun lepas.Setelah tahu keperitan mencari rezeki sendiri.
Hrmmm...Rindu dengan zaman sekolah dulu.Zaman-zaman penuh suka-duka remaja.
Zaman-zaman jahiliah,cepat terikut-ikut dengan arus dunia.Terjebak dengan suntikan dari barat,pemikiran-pemikiran yang kononnya moden.Terpengaruh dengan budaya-budaya penjajah.(termasuklah yang menulis ni)
Disuntik dengan virus-virus filem barat yang penuh aksi,CGI yang canggih dan membuat semua penonton terpegun.Disuntik dengan lagu-lagu yang liriknya bila difahami maksudnya,penuh dengan unsur-unsur ganas dan tidak bermoral serta terdapat banyak unsur seks......

Aduhai...
merepek lagi..
saya bukan ustaz.Ilmu cetek sejengkal pun tak sampai.
Niat menulis entri tentang zaman sekolah ni sebab rindu dan menyesal.
dulu zaman-zaman sekolah tak mahu belajar sungguh-sungguh.Waktu sekolah,ponteng.
Letak beg dalam bilik air surau.Jumpa kawan-kawan,berpeleseran tak tentu hala.Kalau baik sikit bagitahu nenek cakap pening.Nenekkan sayang cucu,mesti percaya punyalah.Berlagak sakit konon...
Tidur sampai petang,Subuh ke mana,zohor ke mana..Senang cakap,banyak jugalah dosa-dosa yang saya kumpul (Ya Allah,ampunkan hambamu yang alpa dan penuh khilaf ni).
Mak bapak suruh belajar,saya ponteng kelas.Pergi tandas hisap rokok.
Bergaduh tanpa arah tujuan,kalau berjihad menentang yang mungkar tu tak apa la juga.
Ini?Sebab kau kacau awek aku,aku gila babi..Jadi,aku mahu tumbuk muka kau baru aku puas hati.
(macam ada ritma dan irama je ayat ni).fikir-fikir balik,bodoh juga aku rupanya.
Biasalah,budak-budak baru nak naik."itu kepala manyak angin la,mau pukul sana,pukul sini"

Waktu rehat,orang makan dekat kantin..
saya panjat pagar,niat mahu makan dekat luar kawasan.
lepas makan balik sambung masuk kelas,hrmmm...jauh sekali...dah keluar,tak ada maknanya nak balik sekolah.Baik saya main snooker,tak pun pergi memancing...Pancing ikan ke,awek ke...lagi best..

Rambut?aduhai...
Kantoi dengan Ustaz.Kena tobek cantik je...
macam Abu Bakar Ellah.ABE pun leh gelak sebab rambut dia lagi lawa.
Hrmmm...panjang pulak saya merepek...

Nantilah saya sambung cerita.
penat juga mahu tulis blog ni..

PS:Merepek je...

Assignment??

Hrmm...dalam 3 minggu ni,keadaan agak kusut bagi saya..
assignment bertimbun-timbun macam bukit.
saya ambil 6 subjek sem ni.jadi,keadaan agak kelam dan kusam.
dengan kerja itu tak siap,kerja ini tertangguh.
terasa nak benamkan kepala kat kolah surau berhampiran jambatan menghala ke giant je.
(perlu ke detail sangat?)...
otakku sudah lesu,kepala sudah buntu...

Assalamualaikum

Salam Ukhuwah..

Dunia semakin tenggelam di dalam arus permodenan.Segalanya dimodenkan,dari cara percakapan,bahasa,tulisan,akhlak,sehinggalah cara hidup..semua hendak moden.
kalau tidak moden,ketawa berdekah-dekahlah masyarakat sekeliling mengetawakan mereka yang ketinggalan zaman tersebut.hrmmm....ayatku sungguh skema dan agak-agak nerd sekali,terasa tidak moden pulak.arggghhh!!!!mintak maaflah kalau ada yang rasa mahu muntah bila baca entri ni.
Mukaddimah la katakan..

Saya orang baru dalam bidang penulisan blog ni.so,kalau ada yang agak-agak aneh dan mengerikan dalam ayat-ayat saya.maaf saya pohon,yela...saya masih lagi mentah dalam penulisan.tiada hamba Allah yang sempurna di dunia ni.Kita bukan malaikat..betul kan?

sebenarnya,saya tiada idea untuk memulakan blog saya ni.
ini semua terjadi selepas hampir lima bulan saya membaca blog "sahabat" saya.
masyaallah,semakin maju beliau sekarang.ayat-ayat yang beliau tulis di dalam blognya sampaikan saya sendiri boleh terharu.(tapi ada juga ayat-ayat beliau yang agak bangang dan sarkastik,sungguh hampeh sekali!!!).saya merasa,perlu untuk saya mula menulis..

"sahabat" saya,kalau kau baca blog ni....tolonglah jangan kutuk ye..
saya cuba menulis sesuatu yang bukan picisan dan bukan melankolik sampaikan orang yang membacanya boleh tertidur la dibuatnya..
Seperti yang saya tulis di atas tadi,entri ini cuma satu mukaddimah..
saya akan cuba mencari beberapa kisah-kisah menarik untuk dikongsi bersama.

Insyaallah,nantikan..