Dunia semakin tenggelam di dalam arus permodenan.Segalanya dimodenkan,dari cara percakapan,bahasa,tulisan,akhlak,sehinggalah cara hidup..semua hendak moden.
kalau tidak moden,ketawa berdekah-dekahlah masyarakat sekeliling mengetawakan mereka yang ketinggalan zaman tersebut.hrmmm....ayatku sungguh skema dan agak-agak nerd sekali,terasa tidak moden pulak.arggghhh!!!!mintak maaflah kalau ada yang rasa mahu muntah bila baca entri ni.
Mukaddimah la katakan..
Saya orang baru dalam bidang penulisan blog ni.so,kalau ada yang agak-agak aneh dan mengerikan dalam ayat-ayat saya.maaf saya pohon,yela...saya masih lagi mentah dalam penulisan.tiada hamba Allah yang sempurna di dunia ni.Kita bukan malaikat..betul kan?
sebenarnya,saya tiada idea untuk memulakan blog saya ni.
ini semua terjadi selepas hampir lima bulan saya membaca blog "sahabat" saya.
masyaallah,semakin maju beliau sekarang.ayat-ayat yang beliau tulis di dalam blognya sampaikan saya sendiri boleh terharu.(tapi ada juga ayat-ayat beliau yang agak bangang dan sarkastik,sungguh hampeh sekali!!!).saya merasa,perlu untuk saya mula menulis..
"sahabat" saya,kalau kau baca blog ni....tolonglah jangan kutuk ye..
saya cuba menulis sesuatu yang bukan picisan dan bukan melankolik sampaikan orang yang membacanya boleh tertidur la dibuatnya..
Seperti yang saya tulis di atas tadi,entri ini cuma satu mukaddimah..
saya akan cuba mencari beberapa kisah-kisah menarik untuk dikongsi bersama.
Insyaallah,nantikan..
hehe..xpe2 ak paham perasaan ko
ReplyDelete