Assalamualaikum,
Fuh!sudah bersawang blog ni jadinya,bukan takat sawang sahaja...ada pulak lipas,kelawar,binatang2 aneh yg msh belum dikenalpasti menghuni dalam blog ni...Masyaallah,maafkan saya kerana terlalu lambat mengupdate blog ni.
Sebenarnya sepanjang percutian semester ini,saya ada menyiapkan beberapa entri untuk dikongsi.Entri2 tersebut telah saya simpan di dalam pendrive.Akan tetapi,atas kekhilafan dan kecuaian saya,saya terlupa untuk membawa bersama pendrive tersebut.
Andai sesiapa yang merindui blog ini(mustahil),maafkan saya sebab baru sekarang mula menulis.
insyallah saya akan rajin2kan diri untuk kembali berdakwah @ berkongsi kisah2 yg menarik untuk kita hayati bersama.
PS:Maaf sekali lagi.....
Friday, June 25, 2010
Saturday, April 17, 2010
Pendapat Umum dialu-alukan
Salam Ukhuwah~~
sukar bg saya untuk mncari ruang bg meng-update ruang blog saya.
Exam semakin hampir dan saya kehilangan kebebasan untuk berkarya buat sementara waktu.
(walaupun saya sedar,karya saya bukan bagus pun)
hahaha...senang cakap,saya memang tidak bagus dalam menulis karya yg berbentuk puitis.
namun perkara tersebut tak menghalang saya dari terus berkarya...
berharap bagi sesiapa yang mengikuti blog saya ni dapat memberi pendapat yang ikhlas,kritis,jujur dan tidak berbau provokasi agar saya dapat membaiki kelemahan diri.
saya inginkan pandangan anda yang berpengalaman menulis di media penulisan supaya saya dapat bersama-sama mengenalpasti tentang kesalahan dalam karya-karya saya.
sukar bg saya untuk mncari ruang bg meng-update ruang blog saya.
Exam semakin hampir dan saya kehilangan kebebasan untuk berkarya buat sementara waktu.
(walaupun saya sedar,karya saya bukan bagus pun)
hahaha...senang cakap,saya memang tidak bagus dalam menulis karya yg berbentuk puitis.
namun perkara tersebut tak menghalang saya dari terus berkarya...
berharap bagi sesiapa yang mengikuti blog saya ni dapat memberi pendapat yang ikhlas,kritis,jujur dan tidak berbau provokasi agar saya dapat membaiki kelemahan diri.
saya inginkan pandangan anda yang berpengalaman menulis di media penulisan supaya saya dapat bersama-sama mengenalpasti tentang kesalahan dalam karya-karya saya.
Tuesday, April 13, 2010
5-FIVE-KHAMSAH-(saya tidak memahami sepenuhnya fungsinya tag ni)
Assalamualaikum dan salam ukhuwah,
Saya dapat award????hahahahahaha...mcm tak percaya je...
Siapa yang kasi award?sila baca kotak shout di sebelah kanan anda ya.
First time kena tag,jadi agak blur dan kabur-kabur sikit.Pe kejadah haramnye la menatang ni.
hahaha..lepas dua tiga blog saya usha.baru saya paham fungsinya.adoi!
jawab soalan rupanya...macam kuiz midterm pulak.Shukri,thanks bro.
jawapannya~~~jeng3x...
Sekarang kita tengok syarat-syarat nak dapat bear comel seperti di atas.Syarat-Syaratnya:
~Copy award ni macam dapat Grammy Award.
~Bagitahu orang yang beri dan link blog pemberi award ni.
~Tajuk post korang mesti ada perkataan 5-FIVE-KHAMSAH- (^_^)v
~Copy award ni macam dapat Grammy Award.
~Bagitahu orang yang beri dan link blog pemberi award ni.
~Tajuk post korang mesti ada perkataan 5-FIVE-KHAMSAH- (^_^)v
1- FIVE name that people call you
-Muhammad (mak & ayah)
-Syawal (x taw dari mana datang,tapi orang kampung pnggil saya mcm 2 sjk kcik lg)
-Mael (bdk2 sekolah menengah)
-Az (ada bberapa awek2 kolej)
-Roy (member2 lelaki)
2- FIVE important dates in your life
-25/5/1988(tarikh diriku dilahirkan)
-12/6/1956(tarikh lahir ayah)
-22/12/1957(tarikh lahir ibu)
-5/11/2009(tarikh Allah takdirkan aku berpisah dengan seorang gadis yang baik)
-12 rabiulawal tahun gajah...
3- FIVE things that you done yesterday
-memangkah member
-overnight
-makan ayam banyak-banyak
-merancang bermain bowling
-berkenalan di facebook
4- FIVE ways to be happy
-melihat datuk dan nenek sihat sentiasa
-solat
-memangkah member
-dapat pulang ke rumah
-dapat membahagiakan keluarga tersayang
5- FIVE favourite movies
-Hrmmmmm...lama x prgi tengok wayang...xtaw perkembangan dunia hiburan terbaru.So,sy pun skip la soalan ini.Sori.
6- FIVE favourite hobbies
-tidur
-memangkah member
-makan
-chatting di facebook
-menulis karya yang entah apa-apa
7- FIVE favourite people
-Rasulullah(S.A.W)
-My Parents
-datuk
-nenek
-Intan nur-Jannah(anak buah,kiyut gler (^_^)v)
8- FIVE favourite places for vacation
-Mekah
-Madinah
-Mesir
-Kg.Padang
-Bengkulu(asl kturunan)
9- FIVE reasons you answers the survey
-tngah bosan
-Terasa nak merepek
-Tanda penghargaan kat Shukri Mohd.Ali sebab ssh tag saya.
-Tanda persahabatan
-lepaskan lelah dengan menjawab soalan-soalan macam ni
10- FIVE persons to tag
-Farwalis
-hanie
-Nona syg
-atiqah
-Aein
Monday, April 12, 2010
Palestin Bumi Berdarah
Inilah rimbun syurga
bumi palestin mekar,
dengan lautan darah
percikan tangisan dan airmata
sakit,
pedih,
melihat anak-anaknya
terkorban satu-persatu
di persada jihad
yang mulia.
telah dinyatakan sabdanya
siapa yang mengawal palestin
mengawal dunia
benar!
itu yang terjadi
tiada sirna di sana
selepas yahudi laknat
menjejak kaki
amarah durja memakan diri
petanda ya'juj dan ma'juj
terlepas kakinya
dari tembok tinggi dzulqarnain
rimbunan syurga kian hilang
tempat saudagar bertemu berseloka
Palestin terbahagi dua
di persada tinggi doktrin dunia
menunggu kiamat menjelma tiba
setelah negeri tuhan dilanda tulah
saat itulah datangnya baiah
Insyaallah,
semuanya kembali semula
ke asal negeri rimbun syurga.
Friday, April 9, 2010
Sibuk
Minta maaf andai saya berbicara di sini
saya agak sibuk buat dua tiga minggu ni.
Final exam semakin hampir.
mungkin saya akan berehat sebentar dari menulis blog untuk seketika.
terima kasih buat nona yang setia membaca catatan saya setiap hari.
mungkin lepas ini saya akan dapat idea yang lagi hebat untuk dikongsi bersama.
insyallah
PS:Doakan saya dan sahabat-sahabat saya berjaya dalam exam dan mendapat keputusan cemerlang.
saya agak sibuk buat dua tiga minggu ni.
Final exam semakin hampir.
mungkin saya akan berehat sebentar dari menulis blog untuk seketika.
terima kasih buat nona yang setia membaca catatan saya setiap hari.
mungkin lepas ini saya akan dapat idea yang lagi hebat untuk dikongsi bersama.
insyallah
PS:Doakan saya dan sahabat-sahabat saya berjaya dalam exam dan mendapat keputusan cemerlang.
Thursday, April 8, 2010
Berimankah Aku?
Siapa yang becerita?
Aku..
Dia..
Atau Tuhan?
Kenapa aku persoalkan?
tentang mati..
tentang sulit..
tentang makhluk..
tentang hati..
tentang dunia.
tentang akhirat..
tentang nabi dan rasul..
Siapakah aku?
Aku cuma hamba..
apakah aku beriman?
Ya dan Tidak!
Kenapa?
Aku tahu tuhan wujud
jadi?
tapi aku membelakangkannya.
patutkah?
wajarkah?
Tidak!
Jadi,berimankah aku?
Kenapa tanya dia?
siapakah dia?
seorang nabi..
seorang rasul...
seorang penyelamat..
jadi?
selamatkanlah aku!
Aku sedia membantu
tapi..
bantu dirimu dahulu.
bagaimana?
sunnahku,amalanku,hadisku
dan?
perkataan tuhan..
bagaimana aku mahu mendengarnya?
aku bukan malaikat
aku juga bukan rasul sepertimu
iqra'
apakah?
Al-Quran ditinggalkan untukmu
aku insaf
tuhanku,
terbentang sudah kasihmu
untuk hamba-hamba
sepertiku
seakanku
keliru,
buntu.
namun aku?
masih mencari
apakah erti iman
erti taqwa.
erti syumul dan luhur.
berimankah aku?
Tinta Keinsafan
saat itu,
segalanya menjadi debu dan habuk,
berterbangan ditiup angin
sangkakala ditiupkan
semua musnah,semua gelisah
tangisan sendu tiada guna
menanti mahsyar yang sudah sedia,
amalan dihitung dengan saksama.
Bila???
bilakah hamba tuhan mahu insaf?
selepas gunung-gunung diruntuhkan?
selepas lautan-lautan diterbalikkan?
atau selepas langit dihempaskan ke bumi?
adakah perlu kami tunjukkan barzakh?
untuk menyedarkan manusia tentang azab neraka?
perlukah kami turunkan,
ababil dari an-nar?
Berderai tangisan kehampaan
menandakan kiamat sudah sampai.
berapa banyak amalan?
coretan penyesalan
menggunakan tinta berdarah
yang bertemakan keinsafan.
adakah sempat kita menulis?
adakah sempat kita mencari makna taubat?
mengutip sisa kebaikan.
mencari kepingan-kepingan pahala
jika itu yang bisa jadi bekalan.
Subscribe to:
Posts (Atom)