LAMAN

Thursday, April 8, 2010

Tinta Keinsafan

saat itu,
segalanya menjadi debu dan habuk,
berterbangan ditiup angin 
sangkakala ditiupkan
semua musnah,semua gelisah
tangisan sendu tiada guna
menanti mahsyar yang sudah sedia,
amalan dihitung dengan saksama.

Bila???
bilakah hamba tuhan mahu insaf?
selepas gunung-gunung diruntuhkan?
selepas lautan-lautan diterbalikkan?
atau selepas langit dihempaskan ke bumi?

adakah perlu kami tunjukkan barzakh?
untuk menyedarkan manusia tentang azab neraka?
perlukah kami turunkan,
ababil dari an-nar?

Berderai tangisan kehampaan
menandakan kiamat sudah sampai.
berapa banyak amalan?
coretan penyesalan
menggunakan tinta berdarah
yang bertemakan keinsafan.
adakah sempat kita menulis?
adakah sempat kita mencari makna taubat?
mengutip sisa kebaikan.
mencari kepingan-kepingan pahala
jika itu yang bisa jadi bekalan.

7 comments:

  1. tkutnye bl amln msih lg tk mnckupi...
    sdangkn tnda2 kcil kiamat sdah trbukti...

    ReplyDelete
  2. hrmmm...sy pun tkut gak..hrp2 jgn la sy jd insan yg leka...

    ReplyDelete
  3. insyallah..sm2 kt bdoa n mlakukan amlan kpNya..

    ReplyDelete
  4. kita umat terakhir. umat Muhammad yang akan dihisab dahulu.

    begitupun kita terus leka............. aku jua...

    ReplyDelete
  5. jangan sampai sejadah kita bersuara...

    ReplyDelete
  6. sejadah sujud aku pnah tngok kt tv..sjdah brsuara ak tringin gak nk dngar...

    ReplyDelete
  7. sedare seislam elok klu sling nsht menshti n sling ingt mningti...

    ReplyDelete