LAMAN

Sunday, April 4, 2010

Cinta:Interlude

Salam Ukhuwah
(dalam entri ini,penggunaan bahasanya agak sopan dan sungguh teratur sekali,barangsiapa yang mudah berasa mengantuk.Jangan membacanya,anda akan mengalami tekanan otak yang serius,sila tekan butang pangkah di sebelah kanan sudut hujung skrin anda.Segala kecederaan tanggungjawab sendiri)


Ramai yang cakap saya banyak melalut.
Niat saya menulis blog ini adalah untuk menyedarkan masyarakat,muda-mudi yang masih alpa dalam melalui liku-liku hidup.Oleh itu,saya akan teruskan sambungan prolog saya dalam entri sebelum ini.
Remaja zaman ini selalu terdedah dengan budaya-budaya sekularisme yang semakin menghakis nilai-nilai moral,asas-asas agama serta pandang sisi masyarakat Melayu.
(aduh....skema habis la ayat ni,mesti ramai la yang dah tak bukak blog saya lepas ni..huhuhuhu...T_T)


Bagaimana mahu bercinta?
soalan ini punyai pelbagai jawapan yang boleh diketengahkan.
Bercinta menurut definisi Islam adalah setelah termeterainya sebuah ikatan pernikahan.
Dua insan yang bergelar suami isteri.Islam merupakan agama yang syumul,yang tidak menghalang fitrah manusia untuk bercinta.Namun terdapat batas-batas dalam bercinta.Bukan main hentam keromo saja.


Sebenarnya dalam Islam,apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya,sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi menyatakan niatnya untuk masuk meminang.Tetapi konsep masyarakat sekarang sudah silap.mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya.Kemudian mereka bercinta,berjanji,bersumpah setia dan segala-galanyalah.Sedangkan mak bapak mereka satu haram pun tak tahu hubungan mereka. Bila nak kahwin,mak ayah baru tahu dan Alhamdulillah kalau mereka berkenan.kalau contoh mereka tak berkenan?Menangis tak berlagu la pasangan tersebut.Tu yang ada bunuh diri,terjun sana,gantung sini...


Kalau nak kira zaman-zaman remaja ni.Ramai yang tak buat macam kat atas ni.Yalah,zaman sedang mengorak arus kemajuan.Pemikiran macam yang saya tulis dekat atas tu orthodox,mana nak layan benda-benda lapuk ni semua.Lumrah manusia, ingin dicintai dan mencintai. Ingin mengasihi dan dikasihi. Ingin dimanjakan dan memanjakan. Ingin dibelai dan membelai. Ingin memberi perhatian dan diberi perhatian. Ingin ditemani tatkala sepi. Ingin dihiburkan tatkala hati dirundung duka. Ingin dipujuk tatkala merajuk. Ingin disokong tatkala lutut terasa lemah (bukan keran kekurangan air ya). Ingin dipimpin bila kaki terasa penat untuk melangkah(sekali lagi peringatan,bukan disebabkan air lutut kurang).
Manusia ingin rasa dihargai. Ingin rasa dimiliki dan memiliki. Manusia normal, ingin memberi dan menerima. Bersifat ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang baru, melangkah ke alam baru, alam percintaan.

Seperti siang berpasangan dengan malam, seperti putih berpasangan dengan hitam, begitulah adam dicipta berpasangan dengan hawa, berbeza sama sekali, tapi saling memerlukan agar dapat saling melengkapi antara satu sama lain. (wah!!!!!tak sangka saya ada bakat bergurindam pula ya?).



Hrmmm....saya pula yang mengantuk.
baiklah,sampai di sini sahaja interlude tentang cinta.
nantikan sambungannya di lain waktu.
mungkin kurang bosan dari entri ini.
Dalam entri yang lain saya akan sentuh tentang Couple pula.
Wallahua'alam.

PS:Menulis secara serius sungguh membosankan...

3 comments:

  1. wahh..smkin maju azrul ye...tk sbar plak nk bc bab couple nnti...pepun...skongan tetap ku berikan...do ur best...

    ReplyDelete
  2. hahahaha...boring la entri kali ni..tp stil,kna gak tlis...kalo x,owg xtaw...

    ReplyDelete