LAMAN

Tuesday, April 6, 2010

Cinta:Revolution Chapter 1

Assalamualaikum...

Nama entri cinta ni macam filem matrix pula ye..hahahaha..
Teringat waktu filem tersebut dikeluarkan dulu...Layan je.
Saya tak berapa nak faham sangat tentang revolusi percintaan remaja zaman sekarang.
Adakah ia haram?Adakah ia harus?saya bukan ustaz atau ulamak.
cuma seorang insan yang ingin berkongsi ilmu yang cetek.tidak berniat pun nak menunjuk-nunjuk atau membangga diri.Jujur saya cakap,kalau saya ada tersilap dalam menulis perkataan.Ataupun kata-kata saya mungkin terlalu kesat untuk dibaca.Ataupun mungkin fakta yang saya berikan tidak kena dan salah.Sila tegur dan betulkan kesalahan saya.

Berbalik kepada topik kita,
pokok pangkalnya,bercinta,berkasih-kasihan sesama muslim itu harus.
jadi,
Kenapa hubungan couple itu menjadi haram di sisi Islam.
berdasarkan artikel-artikel,kitab-kitab dan pandangan-pandangan ulamak yang saya baca dan buat research.
terdapat beberapa punca.
Dalam entri ini saya cuma akan berkongsi satu dari lima pandangan yang saya dapat kumpul dan rumuskan.

1.ia tidak diiringi dengan niat yang baik,sekadar untuk berhibur dan cuma suka-suka.Dengan kata lainnya hendak buat skandal sahaja dan tidak berniat untuk berkahwin.Diiringi dengan hawa nafsu dan keinginan seks.Bagi lelaki,jangan menganggap wanita tersebut suatu alat pemuas nafsu.Mereka merupakan rusuk kiri kaum adam.Tanpa mereka,tiada lelaki akan dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna di dunia.Allah mencipta setiap makhluk itu berpasang-pasangan.Oleh itu,hargailah sebuah perhubungan tersebut.Kita niat bercinta kerana Allah,bukan berdasarkan dorongan nafsu dan hasutan iblis.Untuk para wanita pula,sila jaga harga diri dan maruah keluarga.Jangan mudah terikut-ikut dengan pujukan lelaki.Allah menciptakan lelaki dengan kepetahan untuk berkata-kata.Mereka mampu membuat wanita cair hanya dengan kata-kata manis yang memikat.Umpama gula-gula getah yang manis yang dikunyah manusia namun tidak habis,lalu diludah.(sudah mula melalut).Kemudian ia menarik perhatian semut dan semut tersebut melekat di gula-getah itu dan cuba memanggil kawan-kawannya.(semakin kritikal) kawan-kawan semut tersebut cuba menolong tetapi gagal dan akhirnya turut melekat di gula-gula getah tersebut.(What the Fish???????)Beberapa minit kemudian datang orang awam dan tanpa disedarinya,beliau terpijak gula-gula yang terlekat semut-semut tersebut.Semua kaum semut yang melekat tadi akhirnya penyek dipijak.(BOOOOMMMMM!!!!terbabas sudah!!!).errr....Maafkan saya,maksud saya dalam cerita tadi tu sebenarnya.Apabila kaum wanita termakan dengan pujuk rayu lelaki,maka kemungkinan akan mengakibatkan chain reaction yang bakal menyusahkan orang lain.Ingatlah wajah-wajah ibu bapa dan keluarga yang tercinta sebelum membuang diri ke lembah hina.
 
Emm...maafkan saya ya....Kita sambung dalam "revolution Chapter 2".

PS:Akhirnya sudah terbukti,aku memang suka merapu....

2 comments:

  1. dlm merapu2 ade mknanye gak....
    suke ksah semut n gula2 gtah tu...

    ReplyDelete
  2. hahaha....smkin hari smkin kritikal

    ReplyDelete