LAMAN

Sunday, April 4, 2010

Cinta:Prolog

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...


Saya mulakan entri saya sekali lagi dengan ucapan bismallah,
Segala puji bagi tuhan yang masih memberi peluang untuk saya menghirup udara yang berbau ala-ala longkang diiringi dengan bau jamban yang menandakan saya masih lagi hidup dan bernyawa.Namun sebentar lagi selepas habis menulis entri ini kemungkinan saya akan koma...
(member se roommate baru lepas cuci baju,dia rendam baju punya lama.Sekali dia angkat baju dia dari baldi....mangai!! kalaulah campak baju-baju dia dalam sungai insyallah timbul semua ikan.Tak payah guna kail ke,joran ke,jala ke,tuba ke......melalut lagi,kena ubah sikap ni,aduhai...)


Pada entri kali ini,saya ingin menceritakan tentang cinta.Cinta monyet ke,cinta adik/abang ke,cinta "abang" ke(Blergghh!!).Sori,tak tahan bila teringat..


Cinta?
Apakah itu Cinta?
Definisi Cinta itu Apa?
Bagaimana mahu bercinta?
Bagaimana cinta itu terjadi?
Nafsu itu Cinta?
Cinta mana yang lebih utama?
Pentingkah cinta?
pelbagai persoalan yang dapat saya kumpul.
Apakah jawapannya?


Cinta itu apa?
terdapat variasi pengertian cinta yang saya baca.
tapi berdasarkan ilmu yang sekelumit zarah ini,saya ingin berkongsi dengan anda semua pengertian cinta.
cinta itu adalah satu perasaan yang abstrak untuk diterangkan secara mendalam,pelbagai definisi yang boleh diluahkan dari sel-sel kelabu otak manusia.Cinta merupakan satu fitrah semulajadi bagi manusia.Cinta adalah satu perasaan yang paling mahal untuk manusia,tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.kalau boleh beli dah lama saya beli selonggok.tengah single la katakan.
Definisi cinta itu pelbagai,
bercinta bertemankan wang ringgit,materialisme sebagai sandaran,bercinta mengikut haluan nafsu dan dipimpin oleh iblis syaitan yang direjam,bercinta kerana Allah.Semua itu cinta.Percayalah cakap saya,kalau tak percaya...cuba layan drama-drama picisan melayu dan korea.Kebiasaan drama-drama tersebut mesti terselit kisah cinta muda-mudi yang konon suci.Kalau ada yang rasa drama-drama tersebut tak kena dengan jiwa raga.keluar rumah,pergi hypermarket berdekatan.Cari satu port,mesti nampak pasangan merpati dua sejoli sedang bermadu asmara dengan lagak manja..mmememmmememyynnymm....Nyampah!(tiru dialog seniman bujang lapok).


Hahahahahaha....maaflah kalau ada yang terasa,saya sebenarnya muhasabah diri.Kritikan ni ditujukan untuk diri saya juga.sebab sebelum ni saya remaja juga.(sekarang masih muda remaja lagi ye).Pernah melakukan benda-benda merepek yang tuhan tak suruh buat.


Sambung balik definisi tadi.(makin kritikal aku merepek)
Umar r.a pernah memberi peringatan katanya:
“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
- Saidina Umar Ibnul Khattab

Tambah-tambah zaman remaja ni,zaman persekolahan,zaman-zaman uneversiti...
semua kalut mahu bercinta,bercinta itu tidaklah salah.tapi kalau sudah sampai jadi kes buang anak kerana cinta.Pe ke hell nye yeop?


Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.Biasalahkan,bila nafsu sudah merajai diri,yang haram,dihalalkan....dari yang haram jadi "halam"(sebab ada yang tahu benda tu haram,tapi dia gabungkan ayat.Jadi,sedaplah sikit bunyinya).


akhir kata,
Maaflah lagi sekali kalau ada yang terasa.
bukan apa,sekadar renungan kita bersama.
Tapi jujurlah cakap.memang seronok mengkritik orang ni.
huhuhu...Maaf3x...
nanti saya ubah sikap.


PS:Sarkastik aku makin menjadi-jadi...masyallah...

2 comments:

  1. cinta akn jd buta bl mata dletak ketepi..hehehe..(just pndang bnde lain yg lbh mnyeronok kn..gara2 cnta)..heerrmmm btul ke ayt nona ni.
    but,cinta yg pling utama is cnta kpd Allah swt tu pnting,coz mnsia lp cnta yg utama ni...huhuhu..cntik bckground trbaru ni..nmpk kreative...(mmg syok commen org)hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha...yela.mmg sronok kritik owg..tp x sronok owg kritik kte..
    tp nk wt cmne kn?asam grm khdupn la katakn..

    ReplyDelete