LAMAN

Tuesday, April 6, 2010

Kecundang di gerbang syurga

Kau menyalahkan takdir
Setelah kecundang di gerbangnya
Kau cuba lari
mengelak dari hakikat
bersembunyi dalam alasan
Permainan sakti yang menguji minda
Badai besar menghakis terjal 

Antara dunia dan akhirat.
Di mana lebih utama?
Atau kau merasakan diri kau itu dewa?
Dalam hati ada nafas riak
dalam otak ada benak ujub
Benarkah kau sakti?
Adakah engkau ilusi?
Jangan dicari dalam sebuah mimpi
andai engkau tidak mengerti

Munafiknya engkau
berharap dunia ini terlentur
di bawah telapak noda dan dosa
kerana ditakhtanya tiada engkau sebagai ketua
Adakah pengertianmu terbatas
oleh madah-madah yang indah
yang menipu pancaindera

Apakah sebenarnya yang engkau cari?
dalam dunia yang tua 
menarik hamba tuhan agar lalai dan leka
mengejar kebendaan
yang indahnya hanya sementara...

Akhirnya,
kau sesat dalam dakapan iblis
lalu meminta peluang kedua..
tidakkah engkau malu
pada tuhanmu,
pada dirimu
padahal sewaktu dulu
engkau mencaci-maki..

Setelah dirimu belum bisa bertaubat
tuhanmu menarik nafas
mencarik nikmat
mengelar harapan dan semangat
di sana engkau mengharapkan syurga
akhirnya dirimu terlempar ke neraka
maka kau bertanya
salah siapakah ini semua?


2 comments:

  1. layakkah daku nnti tuk mamasuki syurgaNya...
    huhuhu...
    daku srba kkurangan, prlu byk lg tuk btulkn dr ini...
    kuikuikui...mnmpang ksih d blog org..hehehe..

    ReplyDelete
  2. hahaha..insyallah...slgi kta jga amalan kita...

    ReplyDelete