LAMAN

Wednesday, April 7, 2010

Cinta:Revolution Chapter 2

Assalamualaikum..
Salam Ukhuwah,salam sejahtera...


Bismillahirrahmanirrahim..


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Sekali lagi,alhamdulillah saya menadah tangan bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih 
berkesempatan untuk kembali menulis entri blog saya.


kita sambung entri saya sebelum ini tentang cinta..
2.Melampaui hak-hak serta syariat Islam.Sebagai pasangan millenium,hubungan couple ini tidak lari dari hal-hal keduniaan.Pusat-pusat membeli belah tak pernah sunyi dari pasangan yang bercouple tersebut untuk melepaskan rindu dendam yang sekian lama dipendam.Bayangkan!10 jam tidak berjumpa.Lama tu!!!hahaha...(malam punya cerita lain versi ye).Pawagamlah tempat yang paling best melepaskan rindu tersebut.Gelaplah katakan,boleh jadi mukaddimah aksi apabila pulang ke rumah nanti.Masyallah!
Kononnya tindakan tersebut dianggap sebagai penambah perasa dalam percintaanlah.Macam Ajinamotolah kiranya ye tak?
Apakah cinta tersebut perlu untuk mengorbankan maruah diri?
Allah melarang hambanya dari mendekati zina.Dalam firmannya:


Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. 17:32).


Ayat Quran terang-terang tulis tentang larangan menjauhi zina.Kalau dah berdua-duaan datang la makhluk halus bertanduk cucuk pinggang dan punggung merpati dua sejoli tersebut untuk melakukan maksiat.Betul tak apa yang saya cuba sampaikan di sini?
Hukum berdua-duaan bukan muhrim itu haram.


Perbualan sesama pasangan couple kadang boleh menjurus kepada maksiat.Maksud perbualan di sini bukan setakat bersembang secara berdepan,mesej dalam telefon juga mampu untuk menjadikan ia satu perkara yang diharamkan.Ayat-ayat yang tidak sepatutnya digunakan,malahan gelaran-gelaran manja yang mampu membangkitkan ghairah pasangan bercouple tersebut.Bukan ingin mengkritik secara total,saya juga remaja.Pernah mengalami pengalaman tersebut,saya cuma sekadar mahu berkongsi ilmu.Jadi andai sesiapa yang terasa dengan pernyataan saya di sini.Harap maaf,ia tidak ditujukan untuk sesiapa.Bak kata pepatah,siapa yang makan cili terasalah pedasnya.(sebenarnya saya sendiri pun terasa).


Dalam syariat Islam,barangsiapa yang melanggar hak Allah,maka Allah akan menafikan haknya di akhirat kelak.So,agak-agaklah sikit kalau nak bercinta pun.Jaga perilaku,jangan Islam pada nama,tapi amalan macam orang kafir.


Sebelum saya akhiri entri saya pada kali ini,sekali lagi saya minta maaf kalau ada yang terasa.
Saya memang seorang yang agak-agak nerd.Tak berapa mengerti tentang kemodenan akhlak para remaja,saya dibesarkan dalam suasana Islam yang sejati,yang orthodox.Jadi saya berpegang dengan amalan yang telah ditetapkan oleh Allah keatas hambanya.
Jadi kalau ada yang rasa saya ketinggalan zaman,saya memang tak kisah pun.Biarlah saya ketinggalan zaman dari terlalu moden.Sampai sanggup membunuh anak sendiri...


PS:Saya memang suka merepek,tapi saya tidak suka melanggar syariat agama...

No comments:

Post a Comment